Selasa, 23 Oktober 2012
Pemuda berkenan dengan si gadis → nyatakan hasrat → tanya mahar bape → si gadis jwb al-Quran je → pemuda suka hati → terus pergi merisik → sampai di rumah si gadis → mulalah perbincangan → campurtangan ibu-bapa, famili, kuarga, sanak sedara → result → pemuda berdebar → result kuar → nak mahar RM15K → 9 hantaran serba satu → pemuda terkejut → si gadis hampa → famili gadis senyum kambing → "no money no b-ney" → si gadis hampa → pemuda lagilah kecewa → niat tulus ikhlas → berkecai sekelip mata → pemuda mintak diri → tak jadi nikah → pemuda geram → "Sama macam nak jual anak, kenapa tak jual je kat Wakaf Che Yeh?" → ayah si gadis terus lempang pemuda → ayah pemuda lempang balik ayah si gadis → si ibu lak smackdown si ibu sorang lagi → tarik menarik shawl berlaku → keadaan kacau bilau → "BERHENTII!!!!" → si gadis menempik → semua orang terpeleot → si gadis menangis terisak-isak → "Saya cuma nak hubungan yang halal...tolonglah faham semua orang..jgnlah gaduh..pls..Tuhan berikanlah akuuu cinta...aku juga berhak bahagiaa.." → dua-dua keluarga insaf → Lepas zohor hari tu gak dorang kawin → Gadis dan pemuda hidup bahgia → Semua kerana Allah → Jika nak halal → Allah akan permudahkan → InsyaAllah.
MAKNA DI SEBALIK ABCDEFGHIJK
Seorng nenek mendengar perbualan remaja yg sdng berdating di taman..
Awek:Awak cintakan sya tak?
Lelaki:Mestilah..
Awek:Kita dah 4 bulan bercinta,apa buktinya?
Lelaki:ABCDEFG..
Awek:Maknanya apa?
Lelaki:A Boy Can Be Everthing For Girl..
Awek:(tersipu malu)So sweet..
Si nenek jd jeles,sbb sudah kahwin 40thn,tp tak seperti itu,kemudian blk ke rumah lalu bertnya pd suaminya(atuk)
Nenek:Bang,cinta tak dgn saya?
Atuk:mestilah..
Nenek:Buktikan?
Atuk:Kita dah bersama selama 40thn..
Nenek:(merajuk)Nak bukti mcm ABCDEFG juga..
Atuk:Oo..untuk kamu,abng beri ABCDEFGHIJK..
Nenek gembira,yg b'cinta 4bln cuma A smpai G,sdngkan nenek A smpai K..
Nenek:(senyum malu)Makna ABCDEFGHIJK apa?
Atuk:Amazing,Beutiful,Cute,Dynamic,Elegant,Fantastic,Good,Hightech..
Nenek:(gembira bukan kepalang)Yang IJK tu apa bang?
Atuk:I'm Just Kidding..:p
Nenek:(ada yg kena gigit ngan gigi palsu ni..)
Isnin, 22 Oktober 2012
KEJAMNYA...
Kucing hidup dijadikan hiasan dalam botol??
Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)